Pages

Harimau mengaum megah, garuda sayapnya patah.

Wednesday 23 November 2011 - - 0 Comments

Syukur alhamdulillah dan sekalung tahniah di ucapkan atas kejayaan pasukan harimau muda kita yang berjuang dengan  semangat yang kental di bumi garuda untuk mengekalkan emas yang dimenangi di Laos tahun 2009 yang lalu. kemenangan yang sah ini dimiliki setelah mengalahkan garuda muda melalui sepakan penalti 4-3. kejayaan merangkul pingat emas ke-59 negara ini juga menyerlahkan kebangkitan bola sepak Malaysia sejak kemenangan  ke atas Indonesia di kejohanan Piala AFF pada Disember 2010. Bangga menjadi rakyat Malaysia.
layan....

Teka awek comel.

Tuesday 25 October 2011 - - 0 Comments

Kalau korang hebat...cuba ujian ringkas ni. Dalam gambar awek-awek cun kat bawah ni...perhatikan betul-betul gambar tu...semuanya ada 6 lelaki dan 6 perempuan...jangan sampai juling mata dah la...hehe...jawapan akan diberi kat bawah sekali....

sebenarnya semua mereka ni lelaki yang masuk pertandingan Miss Lady Boy Pageant kat Thailand...hehehe

Mana mak?

Monday 10 October 2011 - - 0 Comments


Mana Mak?' 

Jam 6.30 petang. 

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. 

Ayah baru balik dari sawah. 

Ayah tanya Mak, “Along mana?’ 

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.” 

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?” 

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.” 

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?” 

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?” 

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?” 

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.” 

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika. 

Dua puluh tahun kemudian 

Jam 6.30 petang 

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari. 

Ayah tanya Along, “Mana Mak?” 

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.” 

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?” 

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.” 

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?” 

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah. 

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.” 

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah. 

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?” 

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu. 


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu. 

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak. 

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?" 

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!” 

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik. 

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. 

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika. 

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" 

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . 

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan. 

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini. 

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. 

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham. 

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. 

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu. 

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam. 

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. 

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat." 

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.” 

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. 

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. 

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak. 

Beberapa tahun kemudian 

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. 

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.” 

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. 

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. 

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu. 

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. 

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak. 

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. 

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai. 

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah, 

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya. 

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. 

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?" 

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. 

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


creadit 2 laman fb 'ahhh...semput'...

8 hari nak raya...

Sunday 21 August 2011 - - 0 Comments

Pejam celik pejam celik da 21 hari kita berpuasa...8 hari lagi nak raya...cepatnya masa berlalu...tak terasa bulan Ramadhan telah hampir ke penghujungnya..banyak yang kena sedia sebelum raya...tahun ni takda yang spesel raya...takda rasa nak beraya sangat...baju raya dah siap...2 pasang pulak tu...huhu..tapi persiapan lain tak sedia...rumah plan nak cat baru..tak start lagi...nak beli sofa baru...tak beli lagi...kek raya..tak beli lagi..apekehei...tengah pikir nak wat per minggu depan....dengar lagu raya jap...layan jer...huhu


london kacau bilau...

Friday 12 August 2011 - - 0 Comments

pa nak jadi dengan UK nun....apasal la leh rusuh-rusuh time liga nak mula...kecoh tul....kan dah susah nak tengok musim baru liga Inggeris..huhu....tengok video nih...ntahapahapantah...layan jer...


takde keje..layan cita ni sampai habis..

Sunday 7 August 2011 - - 0 Comments


aku amik dari orang lain...pinjam cita dia ckit....hehehe...layan jer...

Seperti yang kau tau nama aku Isnin bin Selasa... .adapun aku dilahirkan pada hari Khamis, sampai ke hari nie aku tak tau apesal bapak aku bagi aku nama tue... maybe hari Isnin nie hari dier berkenal dgn bakal bini dier merangkap mak aku kot... mana lah aku tau kisah cintan cintun diorang nie... takde kuasa aku nak tau... baik aku cerita pasal aku..tak gitu...

Dan untuk pengetahuan kau... seperti yg kau lihat... dan sememangnya tidak dinafikan lagi... aku dilahirkan sehensem-hensem umat... kerana itulah jugak... berebut awek merayu-rayu nak aku jadik pakwe diorang... .siap ada listing lagik... tapi ada satu bende yang sedih... .setiap kali awek yg kuar dgn aku mesti break selepas aku ajak diorang naik keta aku... aku pun tak tau apasal..

Intan, awek cun yang aku jumpe masa aku nak beli ikan todak kat pasar borong simpang, Taiping, Perak. Dier nie lain sket sebab aku dah janji dgn diri aku... dier le awek aku yg paling last... .muktamad dah nie... surat menyurat takkan dilayan... ..kalo intan tinggalkan aku... .cam awek awek aku yg dulu... sumpah aku tak nak kahwin...

Bende yang aku nyampah tue jadik jugak..setiap kali keluar dating kat Taman Tasik Taiping... Intan akan bersungut dan bersesungut kalau aku bawak motor Kriss aku yang dah tak rupa macam Kriss dan jugak tak bershape macam keris... macam macam dier komplen..dier tau aku keje sebagai driver... takkan takde kete... bawaklah kereta awak tue..takkan nak terperap kat rumah je... tak syok la naik moto... rambut berserabut lar... muka cair lar... kain terselak lar... malu nanti orang tengok lar... tak buleh nak seksi lar...

Tapi aku tak sanggup kerana aku tau kalau aku bawak dier naik kete aku... sure itulah kali last aku akan jumpa Intan... Intan sure akan mintak break or maybe menghaibkan diri terus... berdesing telinga aku ... aku cakap kat dier... .baiklah... .esok aku akan datang naik kete besar... jauh lagi besar dari kete mesedis... . Seperti yang ku jangka..itulah kali terakhir aku berdating dgn Intan...

Intan terus menghaibkan diri... ..aku dah agak dah mesti terjadi punyer... ... . cuma satu je yang aku nak bagi nasihat kat korang-korang semua ..especially depa yang pernah jadi awek aku... or bakal awek aku...

Jgn korang pandang hina kat orang yang keje cam aku nie... .satu hari nanti...

Ndak tak ndak korang kena naik jugak kereta aku nie... ..

Yang Benar
Pemandu Kereta Jenazah
Persatuan Khairat Kematian Kuala Sepetang
Taiping Perak...

Melayan perasaan..

Tuesday 2 August 2011 - - 0 Comments

Sepanjang 2 hari bulan Ramadhan ni...aku masih berkursus di Serian. Dah 1 minggu 2 hari aku tak mengajar...lain pulak rasa nya...huhu...macam ada kekurangan jer...mungkin da biasa masuk kelas awal pagi...jumpa buda-budak..mengajar...mendidik...bergurau...menegur dan marah sebab nak membetulkan kesilapan mereka...terasa rindu pulak nak buat rutin harian tu...hehe...simpan dulu perasaan ni...balik sekolah nanti mesti banyak keja yang menunggu...kertas ujian terutamanya....kelas dah lama tertinggal....confirm berlambak-lambak kerja budak nak disemak nanti....hahaha...padan muka aku...takper...da kerja aku...mengajar dan membetulkan kesalahan....terasa nak menyanyi pulak..lagu sempena bulan ramadhan yang mulia...layan jer....adios

amacam...best tak?...hehehe

Ahlan wasahlan ya Ramadhan

Monday 1 August 2011 - - 0 Comments

1 Ogos 2011 besamaan 1 Ramadhan 1431 H...bulan keberkatan bulan untuk pesta ibadat kembali menjelma...alhamdulillah...perbanyakkan amalan sepanjang bulan yang mulia ini. saya ingin mengucapkan 'Selamat berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia'. Semoga kita mendapat ganjaran pahala sebagai bekalan kita di akhirat kelak...amin..

‏عن ‏ ‏أبي هريرة ‏ ‏رضي الله عنه ‏ ‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة وغلقت أبواب النار ‏ ‏وصفدت ‏ ‏الشياطينHadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu.

Selamat tinggal brazil...kita cuba ke Russia pulak...

Thursday 28 July 2011 - - 0 Comments

Tiada apa yang boleh diharapkan tadi...terlalu tinggi harapan dan impian seluruh rakyat Malaysia untuk dipikul 11 pemain muda...musnah dalam 90 minit permainan...kurang idea menyerang, pertahanan kurang mantap, leka, mensia-sia peluang, hilang ghairah selepas bolos, kecewa, hampa...banyak drama dari bermain (pemain singapore patut dapat anugerah pelakon terbaik...)....sakit hati...ahhhhh....tapi ada hikmahnya sebalik kekalahan ini...diharap pemain lebih matang menghadapi tekanan...pemain kita masih muda...pasukan yang rata-rata boleh bermain untuk olimpik (team bawah 23) 2012...penyokong dan rakyat semua bersatu untuk kejayaan negara...tahniah kepada penyokong yang membanjiri stadium nasional...semoga kita tetap bersatu untuk bergerak maju kehadapan....amin...layan video game tadi...huhu


tengok jer la...suara da takde...komentator merajuk kot...hihi

Suarez memang best.

Monday 25 July 2011 - - 0 Comments

tahniah suarez (player liverpool ni...hehe)...setelah memenangi Copa Amerika pagi tadi...dan juga menjadi pemain paling berharga kejohanan...walaupun tak tercapai hasrat menjadi penjaring terbanyak (kurang 1 gol dengan gourero..huhu)...tapi permainan dia paling memikat...tahniah sekali lagi buat luis suarez dan uruguay...harap-harap lepas ni dia terus menyinar bersama liverpool....hehehe...jom tengok game pagi tadi...layan jer...

best kan luis suarez...uruguay pun best...memang layak menang tahun ni sebab team lain semua tak sampai semi final world cup 2010...hehehe

Belajar darab dengan garis

Sunday 24 July 2011 - - 0 Comments

Mesti ramai yang dah tahu pasal benda yang aku nak tunjuk ni...teknik ni dah lama keluar kat you tube...cuma aku nak share kepada sapa-sapa yang belum kenal you tube...haha...jom tengok cara mengira darab dengan garisan....layan jer..
senang kan...bagi sapa-sapa yang belum hafal sifir...boleh la guna cara ni....atau leh ajar kepada anak murid..hihi

Singa vs Harimau

- - 0 Comments

Mesti korang dah tahu result bola tadi...aku sangat tak puas hati dengan pemain pertahanan Malaysia...cepat sangat gelabah masa 1st half...teruk sangat prestasi Fadhli...macamana boleh kalah dengan striker 'tua' (kalau tak silap umur dia 40...huhu)..Singapore tu...lemah betol!!...nasib baik 2nd half boleh kejar sikit deficit gol tu...adoyai...banyak la keja Dato K kita nak atur balik benteng pertahanan...kena amik formula skuad Olimpik bertahan hari tu...sistem main pun dah nampak cacat cela..dah bagus main 4-4-2...leh tukar main 4-5-1...kelam kabut syafiq kontrol game..last-last dia kena buang padang...mungkin tensen sangat kot...huhu....minggu depan kena main serang sampai berjaya ke pusingan seterusnya....fighting!!!...layan dulu game tadi...walaupun sakit hati yang amat.....


tengok jangan tak tengok....

Kursus KSSR

Saturday 23 July 2011 - - 0 Comments

minggu depan kursus KSSR matapelajaran Matematik akan bermula...dari 25-29 Julai di Chung Hua Bt 35. bermakna 5 hari aku tak ada di sekolah...huhu...bagaimana la murid aku nanti...harap-harap mereka tak terlepas banyak topik Matematik..terutama murid tahun 4...topik semakin berat kalau tertinggal...takut tak cukup masa nak kejar topik...tinggal 3 bulan lagi nak final exam....moga mereka belajar bersungguh-sungguh nanti...insyaAllah..mereka boleh berjaya...^_^

Chelsea kecewa

Thursday 21 July 2011 - - 0 Comments

best Malaysia main td...chelsea pun buntu nak jaring gol....sepak berapa kali pun tak lut golkeeper Malaysia....salute la Farizal n Tharmizi....gol tu patut tak kira...belom masuk lagi...tak caya...tengok la ni...huhu


betul tak?..saja jer ref bagi chelsea gol...nasibbbbb....

Baby bercakap...

Tuesday 19 July 2011 - - 0 Comments

pernah tak korang dengar anak-anak kecil berbual...boleh faham ker?...korang tahu tak mereka ada bahasa sendiri?...mereka jer la yang faham....hahaha....tengok la apa yang kembar kat bawah ni bualkan...seronok jer mereka berbual...tak sedar pun yang mereka belum siap berpakaian...hihi

Ultra-women jepun...

- - 0 Comments

hebat betul team wanita jepun....mengangkat negara asia dalam sukan bola sepak...(leh la tumpang sekaki...hehe)...pertama kali menang piala dunia mengalahkan USA....tahniah jepun!!...korang memang terbaekkk...jom layan highlight...

Tahniah Malaysia..main dengan mantap.

Monday 18 July 2011 - - 0 Comments

aku rasa semua peminat bola sangat berpuashati dengan game Malaysia vs Liverpool semalam...memang terbaekkkk...game yang tak memboringkan...ada fighting spirit dalam diri pemain-pemain Malaysia...Tahniah...semoga berjaya mengalahkan Singapore minggu depan....fighting!!!...aku da letak highlight game semalam...layan jer...hihi


Jom tgok bola live..

Saturday 16 July 2011 - - 0 Comments

yeargh...liverpool lawan malaysia...best....malaysia da main mcm team juara piala tiger ari tu ...hehe....aku nak ajak korang tgok live kt dpn pc jer....jom layan...
tekan jer kat sini...pas tu duduk baik-baik sambil makan kropok....hehehe

Tom Tom Bak..

- - 0 Comments

sambil layan tom tom bak dengan anak-anak sempat la dengar lagu awan nano...hehe....best lagu nih....rasa nak karaoke la pulok.....


jom layan...karaoke skali la....haha

korang minat team mana?

- - 0 Comments

aku minat liverpool...the best team in UK....hehe....kalau tak setuju sukahati la....tapi memang team ni best pun....hahaha....semalam liverpool buat team training kt bukit jalil....penuh stadium dengan penyokong fanatik the kop...nak dijadikan cerita..ada la sorang mamat poyo buat hal...dia tak tengok ker baju penyokong liverpool sahaja dibenarkan masuk....malas nak cakap banyak....tengok jer la video ni....sadis giler..........hahaha

nak buat macam mana...da suka sangat nak provoke...silap cara la bai.....amik obat!!..huhu

15 minit yang terpantas...

Friday 15 July 2011 - - 0 Comments

Pagi semalam aku merasakan 15 minit yang paling pantas...dalam masa yg singkat aku dapat mandi, pakai baju, solat dan sarapan (minum air jer...huhu)...30 minit lagi pecut ke sekolah....perghhh....nsb baik jalan bukit da mcm makanan aku...hehehe....smpat jugak aku rakam masa tgh memecut ke skolah...

inilah rupa video yg smpat aku amik masa kt jln bukit dr krusen ke payau....hihi




     

Balik sekolah

Thursday 14 July 2011 - - 0 Comments

Hari aku kembali ke sekolah selepas 2 hari berbengkel membina blog...huhu....banyak kerja perlu disetelkan dalam 2 hari terakhir minggu ini...linus lisan untuk murid tahun 1 dan laporan kemajuan murid tahun 4 untuk bulan Jun...perghhhh....nasib baik murid linus hanya 8 orang...esok setel..insyaAllah!!... laporan tahun 4...mmm...ada lagi murid tak hadir....tinggal 1 paper lagi untuk murid sorang tu....adoyai...esok moga dia hadir...jangan la murid tu buat hal nak ponteng.....amin...

SELAMAT DATANG...

Tuesday 12 July 2011 - - 0 Comments

Alhamdulillah..blog persendirian hazmanpadil telah dibina...sudi-sudikan diri anda untuk menjengah masuk blog  ni..saya nak ucapkan jutaan terima kasih dan....enjoy!!...^_^