Pages

Kembara ke Gunung Silebur, Serian.

Monday 24 September 2012 - - 0 Comments

Pada hari Sabtu, 22 September 2012, sempat la aku join kembara bersama murid sekolah ke Bukit Silebur (betul ker nama nih..hehe..) sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Memang tak rugi join..walaupun penat berjalan kaki dari Kampung Batu Mawang ke kaki gunung dah ambil masa 45 minit...sambung pulak panjat bukit 20 minit....sampai jer dalam gua di atas bukit terus hilang penat...Subhanallah....dengan keadaan gua yang besar dan tinggi (walaupun tak sebesar Gua Niah..), aku dapat menikmati pelbagai pemandangan yang menarik...kepada sapa-sapa yang berminat nak merasai pengalaman ni boleh la pergi ke Kampung Lobang Batu, Serian...tempat ni sekarang da jadi terkenal sehingga ada pengunjung dari Semenanjung Malaysia telah sampai ke gua tersebut.

Antara pemandangan di gua Bukit Silebur...