Pages

Gaza dihujani peluru..

Thursday 22 November 2012 - - 0 Comments

Walaupun serangan selama 7 hari oleh Israel telah tamat..Alhamdulillah...tapi kita masih tidak dapat melupakan kekejaman yang telah menimpa rakyat Palestin...kebanyakan yang terkorban adalah orang awam terutamanya anak-anak, wanita dan orang-orang tua Palestin...Atas alasan dayus untuk mempertahankan diri..Israel telah mengebom bangunan-bangunan dan rumah kediaman rakyat Palestin tanpa rasa belas kasihan...Ini menunjukkan niat Israel adalah jelas untuk menghapus rakyat Palestin dari negara mereka sendiri sekaligus memudahkan mereka merampas keseluruhan tanah Palestin...
         Ya Allah..Kau berilah kekuatan kepada saudaraku di Palestin..dan Kau hancurkan zionis yahudi sepertimana Kau hancurkan tentera bergajah Abrahah...ameeen..


Seri Jer Lawan Bangladesh?..

- - 0 Comments

Kecewa betol tengok game Malaysia semalam..Macamaner la nak pertahan piala AFF nanti...Semua player tak perform...hantaran semua macam tak terancang...lawan 10 orang leh bagi bolos 1 gol...menari sakan la mat-mat Bangla pas tengok bola semalam...huhu...kalau sapa-sapa ternampak diorang ni sengih-sengih masa layan korang kat kedai mamak tu...buat-buat tak faham jer la yer....hampeh!!..
     Harap-harap game semalam cuma eksperimen untuk buang badi sebelum kejohanan...masa game sebenar kene tunjuk betol-betol taring rimau tu...kalau tak kene kutuk lagi...bak kata Azwan Ali...ni bukan Harimau Malaya...tapi Ulat Gonggok Malaya...huhu...kau hado!!..adoyai..
      


Tips supaya anak pandai Bahasa Inggeris.

Tuesday 20 November 2012 - - 0 Comments

Jom baca tips berikut…
1. Kita boleh pupuk minat anak terhadap bahasa Inggeris dari  dalam kandungan lagi. Berbual dengan mereka dalam bahasa Inggeris. Nyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris. Mainkan lagu2 dalam bahasa Inggeris untuk mereka dengar. Kalau nak lagu-lagu nasyid rasanya dah banyak yang ada dalam bahasa Inggeris seperti lagu-lagu nasyid Yusuf Islam sekarang ni Maher Zain tengah glamer!
2. Nanti bila anak dah lahir teruskan berbual dengan anak dalam bahasa Inggeris. Kalau boleh gunakan teknik One Parent One Language. Maknanya sorang kenalah cakap Bahasa Inggeris n sorang cakap bm sepenuhnya. Jadi anak nanti mahir dalam kedua2 bahasa, InsyaAllah.
3. Guna sumber pengajaran seperti flash card, poster, vcd, cd dan lain2 untuk wujudkan persekitaran yang sesuai untuk anak belajar.
4. Jangan jadikan kelemahan kita dalam bahasa Inggeris sebagai alasan untuk tidak mendedahkan anak kepada bahasa Inggeris dari peringkat awal lagi. Mak ayah kena berkorban sedikit. Belajar balik bahasa Inggeris tu untuk anak2 anda. Tak payah mahir untuk mengajar mereka sebab anda sentiasa boleh rujuk kepada buku2 dan lain2 sumber untuk mengajar.

5. Flash Card sangat berkesan untuk kenalkan perkataan baru bahasa Inggeris tanpa perlu anda menggunakan bahasa ibunda anda. Ini kerana flash card mempunyai gambar/imej. Gunakan permainan2flash card yang menarik untuk mengajar mereka.
6. Jangan  malu dan segan untuk ajar anak-anak  dikhalayak ramai. Abaikan pandangan sinis orang lain. Yang penting anak anda  mahir dalam bahasa Inggeris dan bila masuk sekolah nanti tak ada masalah dengan mata pelajaran bahasa Inggeris, Sains dan matematik.
7. Ingat,  bila seseorang kanak-kanak mahir dalam sesuatu bahasa, IQ mereka juga akan meningkat.
8. Kalau ada yang kita tak faham, jangan segan bertanya dengan orang lain.
9. Beli buku-buku cerita yang menarik yang banyak gambar2 untuk anak-anak . Kalau diorang minat kartun,tak salah belikan komik dalam bahasa Inggeris. Sekarang ni komik Doraemon pun ada dalam dwibahasa. Tapi Sinchan jangan beli. Unsur lucah merata rata!

10. Rajin2 lah bacakan buku cerita kepada anak anda.Bed time story maybe membantu. Pupukkan sikap suka membaca bahan2 dalam bahasa Inggeris kepada mereka.
11. Dapatkan sokongan suami/isteri untuk mengajar anak-anak anda. Kenalah ada team effort.Jangan buat sorang2. Tak salah juga kalau minta bantuan ibubapa atau mertua  untuk sama2 membantu. Kadang2 mereka ini lagi fasih dari kita.
12. Kalau mampu hantar la ke tadika yang ada ajar bahasa Inggeris. Kalau tak  ada budget jangan lah risau. Anda sendiri boleh mengajar mereka dengan berkesan.
13. Kenali minat anak anda. Kalau dia minat Sesame Street belilah vcd2 Sesame Street.Bagi semangat sikit nak belajar. Bila anak seronok diorang akan enjoy belajar english.

14. Gunakanlah sumber percuma atau sumber2 yang telah anda bayar.. Pilih rancangan2 di tv dan Astro yang sesuai untuk anak-anak anda seperti rancangan Sesame Street, Dora Explorer, Barney & Friends  dan lain. Kalau anda sendiri nak belajar bahasa Inggeris, kat Astro banyak rancangan2 bahasa Inggeris.
15. Jangan paksa atau beri tekanan  kepada kanak-kanak yang masih kecil. Ingat yang mereka ini moody, cepat lupa, mudah bosan dan lebih suka bermain dari belajar. So kita kenalah cari teknik2 pengajaran yang tak boring. Kalau nak ajar tak payah lama lama dan cari masa yang sesuai bila dia orang boleh beri lebih tumpuan.
16. Beli poster yang sesuai dan tampalkan di dalam rumah . Pastu terangkanlah kepada mereka dan lepastu anda kenalah rajin ulangkan apa yang anda terangkan kepada mereka sebab mereka ni mudah lupa.
17. Kalau betul caranya kanak-kanak boleh mengusai lima bahasa serentak!
18. Jangan risau, anak anak tak akan pening kalau didedahkan kepada dua bahasa dari kecik. Mula2 je dia pening tapi dia akan cepat sedar yang mereka menggunakan dua bahasa.
19. Konsisten dalam pengajaran anda tu. Jangan kejap cakap bm dan kejap cakap bahasa Inggeris atau campur dalam ayat anda.
20. Jangan guna bahasa bayi, maksudnya pronounce jangan pelat pelat.  Sebut betul betul dan guna ayat yang betul grammar dia.
21. Kalau anak  sebut tak betul ,betulkan sebutan mereka dengan  mengulang semula apa yang mereka sebut tu.
22. Belajar balik bahasa Inggeris. Walaupun anda rasa yang bahasa Inggeris anda dah ok tak salah kalau anda belajar balik sebab kdg2 kita ni tak sempurna. Or kadang2 benda yang kita ingat betul sebenarnya salah atau kurang tepat.
23. Selain dari mengguna flash card anda juga boleh gunakan kad perkataan. Yang ni tak  ada imej atau gambar. Senang je nak buat.Beli je kad kad untuk buat nota yang bersaiz poket. Tulis perkataan baru dan cuba jadikan ianya ‘fun’ bersama anak anak.
24. Kalau boleh jangan gunakan kamus Bahasa Inggeris-BM. Cuba gunakan kamus bahasa Inggeris-bahasa Inggeris ataupun gunakan kamus English-English-Malay.
25. Kalau anda sendiri tak berapa ingat perkataan-perkataan bahasa Inggeris , apa kata anda gunakan label dan tampalkan pada tempat2 yang sesuai seperti letak label fridge di peti ais, kitchen di dapur dan sebagainya. So dengan cara ini anda pun ingat apa yang perlu disebut dan anak anda pun boleh ingat apa yang perlu disebut.
Sila amalkan yer...kredit penppatah.blogspot.com

Isteri Towkey Balak Mati Ditembak.

Sunday 4 November 2012 - - 0 Comments

SIBU – Dalam satu kejadian yang dipercayai melibatkan pembunuh upahan, isteri seorang peniaga balak maut apabila seorang lelaki melepaskan tembakan ketika pasangan itu, bersama sepasang lagi suami isteri, duduk di sebuah meja di kaki lima sebuah kafe di Jalan Pahlawan di sini tengahSabtu.
Law Leh Kuong, 44, yang ditembak di kepala pada jarak dekat, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta kira-kira tiga jam selepas kejadian yang berlaku pada 12.10 tengah hari di luar 101 Cafe itu.
Selepas menambak mangsa, lelaki berkenaan, yang bersenjatakan senapang pam,melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Wira merah yang turut dinaiki tiga rakannya.
Suami Law, Lau Ngik Yin alias Ah Kang, 42, yang juga pengusaha pusat hiburan, cedera di leher dan belakang, manakala sepupunya, yang duduk bersama isterinya, cedera ringan.
Keempat-empat mereka duduk di sebuah meja di luar cafe berkenaan apabila penyerang tersebut tiba dengan sebuah kereta dan melepaskan tembakan ke arah mereka.
Bernama difahamkan polis sedang menyiasat kes itu yang berkemungkinan melibatkan kegiatan kongsi gelap dan judi haram.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani berkata Law meninggal dunia akibat kecederaan di kepala pada pukul 3.15 petang.
Kata beliau ketika mangsa menyertai Lau dan sepupu suaminya serta isterinya untuk makan tengah di tempat berkenaan, sebuah Proton Wira merah berhenti berhampiran mereka.
“Dua daripada empat lelaki turun dari kereta itu dan seorang daripadanya melepaskan tembakan ke arah mereka,” katanya. – BERNAMA

Kredit kepada sumber: Mynewshub