Isteri Towkey Balak Mati Ditembak.
Sunday, 4 November 2012 - - 0 Comments
SIBU – Dalam satu kejadian yang dipercayai melibatkan pembunuh
upahan, isteri seorang peniaga balak maut apabila seorang lelaki
melepaskan tembakan ketika pasangan itu, bersama sepasang lagi suami
isteri, duduk di sebuah meja di kaki lima sebuah kafe di Jalan Pahlawan
di sini tengahSabtu.
Law Leh Kuong, 44, yang ditembak di kepala pada jarak dekat,
meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta kira-kira tiga jam
selepas kejadian yang berlaku pada 12.10 tengah hari di luar 101 Cafe
itu.
Selepas menambak mangsa, lelaki berkenaan, yang bersenjatakan
senapang pam,melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Wira merah yang
turut dinaiki tiga rakannya.
Suami Law, Lau Ngik Yin alias Ah Kang, 42, yang juga pengusaha pusat
hiburan, cedera di leher dan belakang, manakala sepupunya, yang duduk
bersama isterinya, cedera ringan.
Keempat-empat mereka duduk di sebuah meja di luar cafe berkenaan
apabila penyerang tersebut tiba dengan sebuah kereta dan melepaskan
tembakan ke arah mereka.
Bernama difahamkan polis sedang menyiasat kes itu yang berkemungkinan melibatkan kegiatan kongsi gelap dan judi haram.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani berkata Law meninggal dunia akibat kecederaan di kepala pada pukul 3.15 petang.
Kata beliau ketika mangsa menyertai Lau dan sepupu suaminya serta
isterinya untuk makan tengah di tempat berkenaan, sebuah Proton Wira
merah berhenti berhampiran mereka.
“Dua daripada empat lelaki turun dari kereta itu dan seorang daripadanya melepaskan tembakan ke arah mereka,” katanya. – BERNAMA
Kredit kepada sumber: Mynewshub
This entry was posted on 13:52 You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
0 comments:
Post a Comment