Tips supaya anak pandai Bahasa Inggeris.
Tuesday, 20 November 2012 - - 0 Comments
Jom baca tips berikut…
1. Kita boleh pupuk minat anak terhadap bahasa Inggeris dari dalam
kandungan lagi. Berbual dengan mereka dalam bahasa Inggeris. Nyanyikan
lagu-lagu dalam bahasa Inggeris. Mainkan lagu2 dalam bahasa Inggeris
untuk mereka dengar. Kalau nak lagu-lagu nasyid rasanya dah banyak yang
ada dalam bahasa Inggeris seperti lagu-lagu nasyid Yusuf Islam sekarang
ni Maher Zain tengah glamer!
2. Nanti bila anak dah lahir teruskan berbual dengan anak dalam bahasa
Inggeris. Kalau boleh gunakan teknik One Parent One Language. Maknanya
sorang kenalah cakap Bahasa Inggeris n sorang cakap bm sepenuhnya. Jadi
anak nanti mahir dalam kedua2 bahasa, InsyaAllah.
3. Guna sumber pengajaran seperti flash card, poster, vcd, cd dan lain2 untuk wujudkan persekitaran yang sesuai untuk anak belajar.
4. Jangan jadikan kelemahan kita dalam bahasa Inggeris sebagai alasan
untuk tidak mendedahkan anak kepada bahasa Inggeris dari peringkat awal
lagi. Mak ayah kena berkorban sedikit. Belajar balik bahasa Inggeris tu
untuk anak2 anda. Tak payah mahir untuk mengajar mereka sebab anda
sentiasa boleh rujuk kepada buku2 dan lain2 sumber untuk mengajar.
5. Flash Card sangat berkesan untuk kenalkan perkataan baru bahasa Inggeris tanpa perlu anda menggunakan bahasa ibunda anda. Ini kerana flash card mempunyai gambar/imej. Gunakan permainan2flash card yang menarik untuk mengajar mereka.
5. Flash Card sangat berkesan untuk kenalkan perkataan baru bahasa Inggeris tanpa perlu anda menggunakan bahasa ibunda anda. Ini kerana flash card mempunyai gambar/imej. Gunakan permainan2flash card yang menarik untuk mengajar mereka.
6. Jangan malu dan segan untuk ajar anak-anak dikhalayak ramai.
Abaikan pandangan sinis orang lain. Yang penting anak anda mahir dalam
bahasa Inggeris dan bila masuk sekolah nanti tak ada masalah dengan mata
pelajaran bahasa Inggeris, Sains dan matematik.
7. Ingat, bila seseorang kanak-kanak mahir dalam sesuatu bahasa, IQ mereka juga akan meningkat.
8. Kalau ada yang kita tak faham, jangan segan bertanya dengan orang lain.
9. Beli buku-buku cerita yang menarik yang banyak gambar2 untuk
anak-anak . Kalau diorang minat kartun,tak salah belikan komik dalam
bahasa Inggeris. Sekarang ni komik Doraemon pun ada dalam dwibahasa.
Tapi Sinchan jangan beli. Unsur lucah merata rata!
10. Rajin2 lah bacakan buku cerita kepada anak anda.Bed time story maybe membantu. Pupukkan sikap suka membaca bahan2 dalam bahasa Inggeris kepada mereka.
10. Rajin2 lah bacakan buku cerita kepada anak anda.Bed time story maybe membantu. Pupukkan sikap suka membaca bahan2 dalam bahasa Inggeris kepada mereka.
11. Dapatkan sokongan suami/isteri untuk mengajar anak-anak anda.
Kenalah ada team effort.Jangan buat sorang2. Tak salah juga kalau minta
bantuan ibubapa atau mertua untuk sama2 membantu. Kadang2 mereka ini
lagi fasih dari kita.
12. Kalau mampu hantar la ke tadika yang ada ajar bahasa Inggeris. Kalau
tak ada budget jangan lah risau. Anda sendiri boleh mengajar mereka
dengan berkesan.
13. Kenali minat anak anda. Kalau dia minat Sesame Street belilah vcd2
Sesame Street.Bagi semangat sikit nak belajar. Bila anak seronok diorang
akan enjoy belajar english.
14. Gunakanlah sumber percuma atau sumber2 yang telah anda bayar.. Pilih rancangan2 di tv dan Astro yang sesuai untuk anak-anak anda seperti rancangan Sesame Street, Dora Explorer, Barney & Friends dan lain. Kalau anda sendiri nak belajar bahasa Inggeris, kat Astro banyak rancangan2 bahasa Inggeris.
14. Gunakanlah sumber percuma atau sumber2 yang telah anda bayar.. Pilih rancangan2 di tv dan Astro yang sesuai untuk anak-anak anda seperti rancangan Sesame Street, Dora Explorer, Barney & Friends dan lain. Kalau anda sendiri nak belajar bahasa Inggeris, kat Astro banyak rancangan2 bahasa Inggeris.
15. Jangan paksa atau beri tekanan kepada kanak-kanak yang masih kecil.
Ingat yang mereka ini moody, cepat lupa, mudah bosan dan lebih suka
bermain dari belajar. So kita kenalah cari teknik2 pengajaran yang tak
boring. Kalau nak ajar tak payah lama lama dan cari masa yang sesuai
bila dia orang boleh beri lebih tumpuan.
16. Beli poster yang sesuai dan tampalkan di dalam rumah . Pastu
terangkanlah kepada mereka dan lepastu anda kenalah rajin ulangkan apa
yang anda terangkan kepada mereka sebab mereka ni mudah lupa.
17. Kalau betul caranya kanak-kanak boleh mengusai lima bahasa serentak!
18. Jangan risau, anak anak tak akan pening kalau didedahkan kepada dua
bahasa dari kecik. Mula2 je dia pening tapi dia akan cepat sedar yang
mereka menggunakan dua bahasa.
19. Konsisten dalam pengajaran anda tu. Jangan kejap cakap bm dan kejap cakap bahasa Inggeris atau campur dalam ayat anda.
20. Jangan guna bahasa bayi, maksudnya pronounce jangan pelat pelat. Sebut betul betul dan guna ayat yang betul grammar dia.
21. Kalau anak sebut tak betul ,betulkan sebutan mereka dengan mengulang semula apa yang mereka sebut tu.
22. Belajar balik bahasa Inggeris. Walaupun anda rasa yang bahasa
Inggeris anda dah ok tak salah kalau anda belajar balik sebab kdg2 kita
ni tak sempurna. Or kadang2 benda yang kita ingat betul sebenarnya salah
atau kurang tepat.
23. Selain dari mengguna flash card anda juga boleh gunakan kad
perkataan. Yang ni tak ada imej atau gambar. Senang je nak buat.Beli je
kad kad untuk buat nota yang bersaiz poket. Tulis perkataan baru dan
cuba jadikan ianya ‘fun’ bersama anak anak.
24. Kalau boleh jangan gunakan kamus Bahasa Inggeris-BM. Cuba gunakan
kamus bahasa Inggeris-bahasa Inggeris ataupun gunakan kamus
English-English-Malay.
25. Kalau anda sendiri tak berapa ingat perkataan-perkataan bahasa
Inggeris , apa kata anda gunakan label dan tampalkan pada tempat2 yang
sesuai seperti letak label fridge di peti ais, kitchen di dapur dan
sebagainya. So dengan cara ini anda pun ingat apa yang perlu disebut dan
anak anda pun boleh ingat apa yang perlu disebut.
Sila amalkan yer...kredit penppatah.blogspot.com
This entry was posted on 03:21 You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment