Air Asia menawarkan tiket murah untuk penyokong Malaysia ke Bangkok.
Friday, 7 December 2012 - - 0 Comments
KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia sedia
menawarkan tiket pergi-balik ke Bangkok dengan harga paling murah kepada
penyokong Harimau Malaya bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir
kedua antara Malaysia menentang Thailand, Khamis depan.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Ketua
Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes telah
menyatakan persetujuan berhubung perkara tersebut.
“Penawaran itu bergantung kepada kekosongan penerbangan. Kita masih
tidak tahu berapa ramai penyokong yang benar-benar ingin ke sana
(Bangkok). Saya sudah berbincang dengan FAM (Persatuan Bolasepak
Malaysia) untuk mendapatkan jumlah mereka yang mahu ke sana.
“Kita akan menyediakan penerbangan ‘charter’ dan jika sekadar 100
atau 200 orang, ia tidak akan memberi impak yang besar. Kita mahu beribu
orang ke sana,” katanya pada sidang media Kejohanan Skuasy Terbuka
Remaja Antarabangsa Redtone KL 2012, di sini hari ini.
Perlawanan timbal balik bakal diadakan di Stadium Supachalasai, Bangkok pada 13 Dis.
Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata jika mendapat sokongan menggalakkan, perkhidmatan bas akan turut disediakan dari lapangan terbang di Bangkok ke Stadium Supachalasai.
“(Bagaimanapun) Pada masa ini, kos penerbangan, harga tiket, perkhidmatan bas, serta keperluan lain masih dalam perbincangan,” katanya – Bernama
This entry was posted on 00:57 You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
0 comments:
Post a Comment