Pages

Kowloon Walled City: Kawasan Paling Padat

Friday 21 December 2012 - - 0 Comments

Kowloon Walled City adalah kawasan paling berkepadatan paling tinggi sebelum ia dihapuskan pada tahun 1992. Dianggarkan sejumlah 50 ribu penduduk tinggal di bandar itu yg mempunyai lebih 300 bangunan tinggi yg berhubung diantara satu sama lain. Gambar² dibawah diambil oleh Greg Girard yg berkolaborasi dengan Ian Lamboth dan mengkaji bandar itu selama lima tahun. 

Seorang posmen yg ditugaskan menghantar surat di Bandar Kowloon itu tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa mempelajari laluan² masuk dan keluar sehingga beliau betul² mahir jalan disitu. Beliau juga terpaksa memakai topi kerana bandar itu penuh dengan titisan² air yg jatuh dari atas.

Bandar itu juga menjadi syurga kepada jenayah² dan penagih dadah dan bandar itu dikelola oleh kumpulan kongsi gelap sehingga tahun 1974. Penduduk di bahagian paling atas mempunyai kelebihan kerana mereka boleh naik keatas bumbung untuk menghirup udara segar. Akhirnya pihak kerajaan mengambil keputusan untuk menghapuskan bandar itu dan kerajaan menghabiskan duit sebanyak $2.7 billion dollar Hong Kong untuk membayar pampasan kepada penduduk disitu.




























kredit sumber: Pen Patah

This entry was posted on 08:18 You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: