Chelsea berputih mata
Monday, 17 December 2012 - - 0 Comments
Hasrat Chelsea untuk merangkul gelaran kelab bolasepak terhandal di dunia terbantut selepas tewas 0-1 dalam perlawanan akhir Kejohanan Kelab Dunia di Yokohama, Jepun. Sebagai juara Eropah, Chelsea turun sebagai pilihan utama menentang juara Amerika Selatan, Corinthians dari Brazil. Gol tunggal oleh Paolo Guerrero pada minit ke-69 cukup untuk memberi Corinthians kejuaraan kedua kepada kelab berkongsi 2 kejuaraan bersama Barcelona.
Kejohanan ini merupakan kali ketiga buat pengendali Chelsea, Rafael Benitez setelah 2 kali membawa kelab sebelumnya Liverpool dan Inter Milan ke perlawanan akhir. Kejohanan ini juga yang pertama menggunakan teknologi garisan gol.
This entry was posted on 16:32 You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment