Tips Hilangkan Perut Buncit
Monday, 3 December 2012 - - 0 Comments
Bagi yang mempunyai masalah perut buncit mungkin terasa bosan apabila memakai baju,bila melihat perut kelihatan terlebih kehadapan.Tidak dapat memakai baju mengikut bentuk badan.Rasa cemburu dengan mereka yang memiliki perut tidak buncit dan cantik.Di sini terdapat Tips Menghilangkan Perut Buncit agar kelihatan lebih cantik dan menarik.
1) Pengambilan makanan yang betul
Untuk
miliki perut yang menarik,kita boleh mengamalkan pengambilan makanan
yang betul dan seimbang untuk tubuh badan kita. Perlu ada diet seimbang
di dalam menu seharian,kerana ia dapat membantu kita untuk membuang
lemak terutamanya di bahagian perut. Diet makanan yang betul seperti
makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks, serat, vitamin dan
mineral, protein, ikan dan sayuran berdaun hijau.
2) Jangan mengambil makanan ringan
Untuk
yang mahu menghilangkan masalah perut buncit, cuba tahan nafsu makan
anda dari pergi membeli makanan ringan kerana ianya hanya akan membawa
kepada kandungan kalori yang tinggi. Bagi satu set makanan segera
termasuk burger dan juga kentang goreng adalah sebanyak 500-600 kalori
yang membawa kepada pembentukan lemak.
3) Jangan makan pada lewat malam
Elakan
makan di waktu tengah malam. Kerana perut kita tidak mampu untuk
membakar lemak berlebihan kerana itu merupakan masa tidur, proses
pembakaran akan berhenti. Selain itu juga, malam adalah waktu yang
sesuai untuk merehatkan tubuh badan termasuk di bahagian perut.
4) Kurangkan minuman bergula dan soda
Pengambilan
gula berlebihan juga mampu menghalang usaha menghilangkan perut
buncit.Kurangkan pengambilan gula berlebihan dan tukar tabiat tersebut
dengan amalkan meminum air mineral sebanyak 1.5 liter, iaitu bersamaan
dengan 5 hingga ke 6 gelas sehari.
5) Melakukan senaman kardio
Senaman
ini sesuai untuk mereka yang ingin menghilangkan masalah perut
buncit,senaman ini mampu membakar kalori lebih banyak berbanding senaman
biasa.Lakukan senaman ini secara berkekalan dan jadikan ia rutin harian
anda.
Kredit kepada Aiman Firdaus Blog.
This entry was posted on 17:08 You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
0 comments:
Post a Comment