Pages

Kuasa Eropah dan Kuasa Asia bergabung

Monday 17 December 2012 - - 0 Comments

Kejohanan Akhir Super Series yang berlangsung di Senzhen, China berakhir semalam dengan dikuasai oleh Denmark dan China. Denmark melalui regu lelaki dan regu bercampur mengalahkan lawan masing-masing untuk merangkul Johan. Pasangan Joachim Fischer Nielsen dan Christinna Pedersen menang 17-21 21-12 21-14 keatas pasangan dari China yang juga juara olimpik, Zhang Nan dan Zhao Yunlei. Pasangan lelaki, Mathias Boe dan Carsten Mogensen pula menang 'straight set'
21-17 21-19 keatas pasangan dari Jepun, Hiroyuki Endo dan Kenichi Hayakawa.
       China menang 3 lagi acara melalui regu wanita, perseorangan lelaki dan perempuan. Regu utama dunia,  Yu Yang dan Wang Xiaoli memusnahkan hasrat Christina Pedersen untuk menang 2 acara apabila mudah menewaskannya dan pasangan Kamilla Rytter Juhl 21-16 21-14 dalam 34 minit. Acara perseorangan lelaki dan wanita menyaksikan pertemuan sesama China iaitu Chen Long menang 21-12 21-13 keatas Du Pengyu. Juara Olimpik, Li Xuerui menang 21-9 15-4 (retd) keatas Wang Shixian yang menarik diri di pertengahan set kedua akibat kecederaan.
          So...hasrat nak tengok Sania Nehwal menang di final tak tercapai...tapi tengok result ni bagus sebab Denmark dapat sekat China dari bolot semua acara...hehehe...lagipun final acara regu lelaki takde pemain China...sebab Cai Yun-Fu Haifeng dah kalah kat semi final...nampaknya China dah semakin merosot dalam acara regu lelaki..sama la cam Malaysia...harap Chong Wei jer manjang...bila nak berubah...huhuhu...

















This entry was posted on 21:09 You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: