Pages

Detik-detik pemergian Rasulullah s.a.w

Sunday, 5 February 2012 - - 0 Comments

Betapa besar kasih dan sayang nabi s.a.w kepada kita semua...umat akhir zaman...Dalam keadaan yang lemah baginda masih mengenang nasib kita kelak...hanya selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w sebagai tanda kita rindu dan sayang kepada penghulu besar kita...Nabi Muhammad s.a.w...moga baginda memberi syafaat keatas kita semua di akhirat kelak..amin...

Salam Maulidur Rasul..

- - 0 Comments

Hari ini seluruh umat Islam menyambut dan mengenang hari kelahiran Nabi s.a.w...penghulu umat akhir zaman. Perbanyakkanlah selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasullah s.a.w..semoga dapat menjadi 'pelaburan' buat kita semua di akhirat kelak...insyaAllah...

Bunyi aneh di Kota Samarahan bukan lagi misteri...

Saturday, 4 February 2012 - - 0 Comments

PUTRAJAYA – Jawatankuasa Siasatan Ngauman Langit yang ditubuhkan kerajaan (Sky Roar) mempercayai kejadian ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu berpunca daripada aktiviti kilang sawit milik FELCRA di Kampung Endap, Kota Samarahan, Sarawak.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof berkata, jawatankuasa siasatan yang diwujudkan di bawah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) itu telah melakukan siasatan dan mendapati beberapa andaian penduduk tentang insiden itu sebelum ini tidak mempunyai asas dan kaitan langsung dengan peristiwa itu.
“Antara andaian oleh penduduk setempat ialah mengaitkan bunyi ngauman tersebut dengan kejadian gempa bumi di Sumatra dan High Frequancy Active Auroral Research Programme(HAARP) yang dijalankan oleh kerajaan Amerika Syarikat. Namun begitu, siasatan jawatankuasa itu mendapati kedua-dua andaian tersebut tidak mempunyai asas dan kaitan langsung dengan bunyi ngauman tersebut,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Fadillah berkata,  jawatankuasa siasatan menggunakan beberapa metodologi dalam siasatan itu seperti menemu bual saksi-saksi kejadian, mengenal pasti sumber potensi punca bunyi, membuat siasatan berkaitan, mendapatkan khidmat pakar tempatan menganalisis audio bunyi berkenaan dan analisis maklum balas yang diterima dari orang ramai.
Menurutnya, penemuan awal siasatan mempercayai bunyi ‘Ngauman Langit’ itu berkemungkinan besar berpunca daripada aktiviti yang dilakukan oleh  kilang sawit milik FELCRA di Kampung Endap pada tarikh 11 dan 12 Januari lalu.
Jelasnya, perkara ini disahkan Penolong Pengurus kilang sawit tersebut, Yusmizan Des bahawa pihak kilang menjalankan penentukuran (setting) dan pengujian tekanan dandang secara auto yang mengakibatkan pelepasan wap akibat lebihan tekanan dandang secara berkala yang mana proses tersebut telah menghasilkan bunyi yang didakwa sebagai ‘ngauman langit’ oleh penduduk setempat.
Tambahnya, pelepasan tekanan dandang adalah bagi tujuan mengekalkan tekanan dandang pada nilai yang telah ditetapkan semasa aktiviti pemprosesan kelapa sawit.
Malah, kata beliau, corong lepasan wap juga didapati berada pada arah kampung di mana saksi telah mendengar bunyi berkenaan.
Demonstrasi semula penghasilan bunyi pelepasan wap dandang tersebut oleh pihak kilang telah disaksikan sendiri oleh jawatankuasa dan saksi berkaitan dan kesemua mereka berpuas hati dengan persamaan bunyi proses itu dengan rakaman ngauman seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, katanya lagi.
“Bagaimanapun analisis saintifik dan pencirian frekuensi yang sedang dilakukan oleh pakar tempatan diteruskan bagi tujuan pengesahan secara saintifik,” katanya lagi. – mynewshub.my
Tapi macamana dengan bunyi aneh yang berlaku di negara-negara lain...mungkinkah dari kilang kelapa sawit jugak???...pikirlah sendiri.....kwangkwangkwang....

Fenomena bunyi aneh di Kota Samarahan:Liputan TV Alhijrah.

Thursday, 26 January 2012 - - 0 Comments

Ini merupakan liputan ringkas oleh TV Alhijrah di kg Meranek mengenai kejadian bunyi aneh tersebut...Beberapa penduduk kampung menceritakan pengalaman mereka semasa kejadian...

Aku tumpang gembira sebab hal ini menjadikan kampung aku 'femes' jap...hehehe

Bunyi aneh di Kota Samarahan.

- - 0 Comments

Sekarang nih heboh seluruh dunia tentang bunyi aneh di Kota Samarahan...sebab pernah berlaku kejadian yang sama di beberapa buah negara lain...bunyi aneh yang berlaku di Kota Samarahan (lebih tepat didengar oleh penduduk kg Meranek...kampung aku ler...hihi)....terjadi pada 11 dan 12 Januari 2012 yang lalu..bunyi seakan-akan dengkuran kedengaran pada jam 3pg dan berhenti menjelang waktu subuh...sehingga kini belum ada sebarang jawapan dari pihak berwajib mengenai fenomena aneh ini...pihak meteorologi Malaysia akan menjalankan kajian mengenai kejadian ini..semoga jawapannya dapat dirungkai dalam masa yang terdekat...

bunyi yang sempat dirakam oleh penduduk kg Meranek.

Harimau mengaum megah, garuda sayapnya patah.

Wednesday, 23 November 2011 - - 0 Comments

Syukur alhamdulillah dan sekalung tahniah di ucapkan atas kejayaan pasukan harimau muda kita yang berjuang dengan  semangat yang kental di bumi garuda untuk mengekalkan emas yang dimenangi di Laos tahun 2009 yang lalu. kemenangan yang sah ini dimiliki setelah mengalahkan garuda muda melalui sepakan penalti 4-3. kejayaan merangkul pingat emas ke-59 negara ini juga menyerlahkan kebangkitan bola sepak Malaysia sejak kemenangan  ke atas Indonesia di kejohanan Piala AFF pada Disember 2010. Bangga menjadi rakyat Malaysia.
layan....

Teka awek comel.

Tuesday, 25 October 2011 - - 0 Comments

Kalau korang hebat...cuba ujian ringkas ni. Dalam gambar awek-awek cun kat bawah ni...perhatikan betul-betul gambar tu...semuanya ada 6 lelaki dan 6 perempuan...jangan sampai juling mata dah la...hehe...jawapan akan diberi kat bawah sekali....

sebenarnya semua mereka ni lelaki yang masuk pertandingan Miss Lady Boy Pageant kat Thailand...hehehe