Kembara ke Gunung Silebur, Serian.
Monday, 24 September 2012 - - 0 Comments
Pada hari Sabtu, 22 September 2012, sempat la aku join kembara bersama murid sekolah ke Bukit Silebur (betul ker nama nih..hehe..) sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Memang tak rugi join..walaupun penat berjalan kaki dari Kampung Batu Mawang ke kaki gunung dah ambil masa 45 minit...sambung pulak panjat bukit 20 minit....sampai jer dalam gua di atas bukit terus hilang penat...Subhanallah....dengan keadaan gua yang besar dan tinggi (walaupun tak sebesar Gua Niah..), aku dapat menikmati pelbagai pemandangan yang menarik...kepada sapa-sapa yang berminat nak merasai pengalaman ni boleh la pergi ke Kampung Lobang Batu, Serian...tempat ni sekarang da jadi terkenal sehingga ada pengunjung dari Semenanjung Malaysia telah sampai ke gua tersebut.
Antara pemandangan di gua Bukit Silebur...
Menang juga akhirnya
Thursday, 14 June 2012 - - 0 Comments
Skuad Bola sepak Malaysia berjaya mengalahkan Singapura dengan jaringan 2-0 hasil jaringan Shakir dan Safeeq. Setelah dipaksa seri pada perlawanan persahabatan pertama di Singapura, Malaysia menunjukkan taring sebenar dengan permainan kemas dan kawalan bola yang baik di bahagian tengah. Bagaimanapun perlawanan dicemari insiden kad merah kepada pemain pelawat akibat daripada kekasaran yang dilakukan. Tahniah skuad Harimau Malaya kerana berjaya membenam ego skuad Singa.
Piala Axiata..2 team Malaysia kandas!
Sunday, 1 April 2012 - - 0 Comments
Team Malaysia Leopard (Pemain pelapis) dan Malaysia tiger (pemain utama) kalah teruk dengan 2 team Indonesia..suma game hari nih kalah...3-0...tanpa balas...nampak sangat Malaysia sangat bergantung dengan seorang pemain jer...BAM tak pandai urus team la...bukan main banyak pemain bawah BAM...cuma Dato' LCW jer bagus...apa la guna buat latihan tiap-tiap hari..main untuk kalah...baik antar budak sekolah bukit jalil lawan tadi...dah alang-alang nak kalah...hampeh!!!...buang masa aku jer tengok...sakit ati...sakit mata...sampai sakit mulut aku menyumpah-nyumpah tadi....astaghfirulllah....sabar-sabar...pas nih letak jawatan la suma yang pegang jawatan besar kat BAM tu...anda semua GAGAL!!!
Detik-detik pemergian Rasulullah s.a.w
Sunday, 5 February 2012 - - 0 Comments
Betapa besar kasih dan sayang nabi s.a.w kepada kita semua...umat akhir zaman...Dalam keadaan yang lemah baginda masih mengenang nasib kita kelak...hanya selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w sebagai tanda kita rindu dan sayang kepada penghulu besar kita...Nabi Muhammad s.a.w...moga baginda memberi syafaat keatas kita semua di akhirat kelak..amin...
Salam Maulidur Rasul..
- - 0 Comments
Hari ini seluruh umat Islam menyambut dan mengenang hari kelahiran Nabi s.a.w...penghulu umat akhir zaman. Perbanyakkanlah selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasullah s.a.w..semoga dapat menjadi 'pelaburan' buat kita semua di akhirat kelak...insyaAllah...
Bunyi aneh di Kota Samarahan bukan lagi misteri...
Saturday, 4 February 2012 - - 0 Comments
Fenomena bunyi aneh di Kota Samarahan:Liputan TV Alhijrah.
Thursday, 26 January 2012 - - 0 Comments
Ini merupakan liputan ringkas oleh TV Alhijrah di kg Meranek mengenai kejadian bunyi aneh tersebut...Beberapa penduduk kampung menceritakan pengalaman mereka semasa kejadian...









