Gaza dihujani peluru..
Thursday, 22 November 2012 - - 0 Comments
Ya Allah..Kau berilah kekuatan kepada saudaraku di Palestin..dan Kau hancurkan zionis yahudi sepertimana Kau hancurkan tentera bergajah Abrahah...ameeen..
Seri Jer Lawan Bangladesh?..
- - 0 Comments
Kecewa betol tengok game Malaysia semalam..Macamaner la nak pertahan piala AFF nanti...Semua player tak perform...hantaran semua macam tak terancang...lawan 10 orang leh bagi bolos 1 gol...menari sakan la mat-mat Bangla pas tengok bola semalam...huhu...kalau sapa-sapa ternampak diorang ni sengih-sengih masa layan korang kat kedai mamak tu...buat-buat tak faham jer la yer....hampeh!!..
Harap-harap game semalam cuma eksperimen untuk buang badi sebelum kejohanan...masa game sebenar kene tunjuk betol-betol taring rimau tu...kalau tak kene kutuk lagi...bak kata Azwan Ali...ni bukan Harimau Malaya...tapi Ulat Gonggok Malaya...huhu...kau hado!!..adoyai..
Tips supaya anak pandai Bahasa Inggeris.
Tuesday, 20 November 2012 - - 0 Comments
5. Flash Card sangat berkesan untuk kenalkan perkataan baru bahasa Inggeris tanpa perlu anda menggunakan bahasa ibunda anda. Ini kerana flash card mempunyai gambar/imej. Gunakan permainan2flash card yang menarik untuk mengajar mereka.
10. Rajin2 lah bacakan buku cerita kepada anak anda.Bed time story maybe membantu. Pupukkan sikap suka membaca bahan2 dalam bahasa Inggeris kepada mereka.
14. Gunakanlah sumber percuma atau sumber2 yang telah anda bayar.. Pilih rancangan2 di tv dan Astro yang sesuai untuk anak-anak anda seperti rancangan Sesame Street, Dora Explorer, Barney & Friends dan lain. Kalau anda sendiri nak belajar bahasa Inggeris, kat Astro banyak rancangan2 bahasa Inggeris.
Isteri Towkey Balak Mati Ditembak.
Sunday, 4 November 2012 - - 0 Comments
SIBU – Dalam satu kejadian yang dipercayai melibatkan pembunuh
upahan, isteri seorang peniaga balak maut apabila seorang lelaki
melepaskan tembakan ketika pasangan itu, bersama sepasang lagi suami
isteri, duduk di sebuah meja di kaki lima sebuah kafe di Jalan Pahlawan
di sini tengahSabtu.
Law Leh Kuong, 44, yang ditembak di kepala pada jarak dekat,
meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta kira-kira tiga jam
selepas kejadian yang berlaku pada 12.10 tengah hari di luar 101 Cafe
itu.
Selepas menambak mangsa, lelaki berkenaan, yang bersenjatakan
senapang pam,melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Wira merah yang
turut dinaiki tiga rakannya.
Suami Law, Lau Ngik Yin alias Ah Kang, 42, yang juga pengusaha pusat
hiburan, cedera di leher dan belakang, manakala sepupunya, yang duduk
bersama isterinya, cedera ringan.
Keempat-empat mereka duduk di sebuah meja di luar cafe berkenaan
apabila penyerang tersebut tiba dengan sebuah kereta dan melepaskan
tembakan ke arah mereka.
Bernama difahamkan polis sedang menyiasat kes itu yang berkemungkinan melibatkan kegiatan kongsi gelap dan judi haram.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani berkata Law meninggal dunia akibat kecederaan di kepala pada pukul 3.15 petang.
Kata beliau ketika mangsa menyertai Lau dan sepupu suaminya serta
isterinya untuk makan tengah di tempat berkenaan, sebuah Proton Wira
merah berhenti berhampiran mereka.
“Dua daripada empat lelaki turun dari kereta itu dan seorang daripadanya melepaskan tembakan ke arah mereka,” katanya. – BERNAMA
Kredit kepada sumber: Mynewshub
Kembara ke Gunung Silebur, Serian.
Monday, 24 September 2012 - - 0 Comments
Pada hari Sabtu, 22 September 2012, sempat la aku join kembara bersama murid sekolah ke Bukit Silebur (betul ker nama nih..hehe..) sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Memang tak rugi join..walaupun penat berjalan kaki dari Kampung Batu Mawang ke kaki gunung dah ambil masa 45 minit...sambung pulak panjat bukit 20 minit....sampai jer dalam gua di atas bukit terus hilang penat...Subhanallah....dengan keadaan gua yang besar dan tinggi (walaupun tak sebesar Gua Niah..), aku dapat menikmati pelbagai pemandangan yang menarik...kepada sapa-sapa yang berminat nak merasai pengalaman ni boleh la pergi ke Kampung Lobang Batu, Serian...tempat ni sekarang da jadi terkenal sehingga ada pengunjung dari Semenanjung Malaysia telah sampai ke gua tersebut.
Antara pemandangan di gua Bukit Silebur...
Menang juga akhirnya
Thursday, 14 June 2012 - - 0 Comments
Skuad Bola sepak Malaysia berjaya mengalahkan Singapura dengan jaringan 2-0 hasil jaringan Shakir dan Safeeq. Setelah dipaksa seri pada perlawanan persahabatan pertama di Singapura, Malaysia menunjukkan taring sebenar dengan permainan kemas dan kawalan bola yang baik di bahagian tengah. Bagaimanapun perlawanan dicemari insiden kad merah kepada pemain pelawat akibat daripada kekasaran yang dilakukan. Tahniah skuad Harimau Malaya kerana berjaya membenam ego skuad Singa.
Piala Axiata..2 team Malaysia kandas!
Sunday, 1 April 2012 - - 0 Comments
Team Malaysia Leopard (Pemain pelapis) dan Malaysia tiger (pemain utama) kalah teruk dengan 2 team Indonesia..suma game hari nih kalah...3-0...tanpa balas...nampak sangat Malaysia sangat bergantung dengan seorang pemain jer...BAM tak pandai urus team la...bukan main banyak pemain bawah BAM...cuma Dato' LCW jer bagus...apa la guna buat latihan tiap-tiap hari..main untuk kalah...baik antar budak sekolah bukit jalil lawan tadi...dah alang-alang nak kalah...hampeh!!!...buang masa aku jer tengok...sakit ati...sakit mata...sampai sakit mulut aku menyumpah-nyumpah tadi....astaghfirulllah....sabar-sabar...pas nih letak jawatan la suma yang pegang jawatan besar kat BAM tu...anda semua GAGAL!!!









